Update ImanTube

Admin Add comments

Iman tube logo logo.gif

Assalamualaikum,

Hari yang seperti hari yang lepas. Afif terlepas solat sunat dhuha demi untuk ke klinik gigi. huhuh.. Adakah sama catatan blog ini seperti dalam catatan Roqib dan Atit untuk Afif hari ini? Berapa banyak dosa hari ini dan berapa sangat pahala yang dicatat?

Kebetulan sehari dua ini Afif teringat sudah masanya Afif update laman web Afif yang lebih Islamic. Sebelum ini terlalu larut focus pada lamanweb yang lain2. ImanTube.com ini seingat Afif merupakan salah satu usaha awal Afif untuk menambah lamanweb berunsur Islamic dalam dunia IT ini.

Dibina pada sekitar akhir tahun 2008 Afif lebih gemar untuk setup dan membiarkan laman web tersebut berjalan sendiri. Bagaimanapun selepas beberapa laman Afif perasan script laman web tersebut macam ada sedikit problem. Jadi dua,tiga hari ini Afif berusaha untuk updatekan dengan versi yang terbaru. namun yang malangnya banyak database video terbuang dek kelalaian Afif sendiri. Kepada sesiapa yang pernah upload video ke ImanTube harap diampuni kesilapan ini.

Belum ada masa lagi untuk menambah video yang banyak lagi ataupun membuat sebarang customisation pada laman web berkenaan. Harapnya selepas final nanti ada masa lebih :) Insya-Allah.

Logo yang di atas sebelah kanan merupakan logo Imantube yang sebelum ini dan Afif ingat nak gantikan dengan logo baru disebelah kiri. Nampak seperti lebih funky sikit kan ^^

Selepas selesai update script logo lama terpanjang akibat resolusi pixel yang tak sama. Nanti ada masa terluang boleh gantikan logo itu.

Apa2pun semoga usaha untuk menghidupkan kembali Imantube ini berjalan lancar biiznillah.

Wallahualam bi sowab.

Leave a Reply