Permulaan Baru

Afif Add comments

anak_ayam

Assamualaikum,

Jujur saya katakan saya ini memang seorang yang tersangat sibuk. Selalu sibuk membuat lamanweb, membaiki lamanweb dan menambah baiki laman web.Sejak kebelakangan ini, terdetik pula teringin saya teruskan perjalan blog ImanInside.com ini yang sudah tertanggung sejak beberapa kurun.

Untuk pengetahuan semua, ImanInside.com adalah antara domain pertama yang saya daftar ketika saya ingin serious menceburi bidang IT.

Saya tidak ingin terbatas oleh apa yang dikatakan oleh sesiapa pun. Ini cumalah blog peribadiku. Hatta bahasa dalam blog ini mungkin akan mencari cincai sedikit sebabnya saya ini suka campuri bahasa Melayu dan Inggeris.

Saya tak kisah sekiranya blog ini tiada yang berkunjung kerna ianya sekadar menjadi tempat aku berkata-kata. :)

Apa2pun, tiada siapa pun yang perlu tahu apa yang diri ini berkata dan tak penting buat diriku kerna yang pastinya Allah Maha Mengetahui. Kalau nak dibawa cerita kisah seorang Ahli Sufi yang masyhur pada sekitar tahun 900an yang mempunyai ramai anak murid.

Namanya Junaid al baghdadi. Kisahnya Junaid ini mengasihi dan memberi tumpuan lebih kepada salah seorang anak muridnya sehingga menyebabkan anak murid yang lain cemburu tapi kerna rasa respek kepada guru mereka dipendamkan sahaja.

Dipendekkan cerita akhirnya anak murid2 ini mengadu kepada Junaid mengapa dia berat sebelah dan menyayangi anak murid itu lebih. Junaid membuat suatu test yang mudah supaya anak murid2nya berpuas hati.

Diberikan seekor ayam kepada semua anak murid2nya dan diminta pergi ke suatu tempat sehingga tiada yang bisa nampak kemudian disembelihkan ayam itu. Satu demi satu anak murid Junaid kembali dengan tugas yang siap kecuali anak murid yang satu disayangi Junaid itu sehinggalah petang baru balik tapi dengan tidak ayam itu disembelihkan.

Anak murid2 Junaid yang lain ketawakan anak murid yang seorang ini namun Junaid bertanya kepada anak muridnya itu mengapa tidak disembelih?

Jawabnya kerna tiada bisa menyempurnakan tugas ittu kerna kemana2 sahaja dia pergi masih dia tahu Allah boleh melihatnya. dengan tersenyum Junaid memberitahu kepada anak murid2 nya yang lain “Nah. sebab itu lah aku menyanyanginya lebih dari sekalian kerana kepintaran dan kebijaksanaan padanya

Apakah ibrah ataupun pengajaran cerita ini?

Fikir2kanlah atau bisa komen di sini kalau anda membaca post ini.

AYUH Afif!! Semangat Baru untuk permulaan post baru!!

semangat (Small)

Wallahualam bi sowab

Leave a Reply