Assalamualaikum,
Cantik tak masjid ini? Gambar masjid ini Afif pau dari internet dan guna sebagai wallpaper laptop. Hari itu Afif dan kawan2 ada group presentation tentang masjid ini. Ingat boleh nak copy paste tapi malangnya presentation kami itu dalam Bahasa Inggeris. :p
Camna yer? Tapi pastinya Afif tak payah cakap pun mesti ramai yang dah kenal masjid ini dengan sekali pandangkan? Ke tak? huhuh.. Kalau tak maksudnya kita kenalah balik dan baca balik buku sejarah Islam. (Teguran keras buat diri sendiri)
Masjid Aya Sophia ini adalah simbol kemegahan dan kemantapan umat Islam pada sekitar tahun 1400 an. Pada ketika itu kita masih ada sistem Khilafah dan umat Islam ketika itu mempunyai kerajaan yang bisa dibanggakan iaitu Kerajaan Bani Turki Othmaniah.
Pada sekitar tahun 1450 an, di bawah pemerintahan Sultan Muhammad al-Fateh Kota Constantinople (kini Istanbul) berjaya dibebaskan dari belenggu kejahilan.

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Rasulullah SAW pernah bercerita bahawa Umat Islam suatu ketika nanti akan dapat membuka Kota tersebut dan pemimpin yang berjaya itu adalah pemimpin terbaik dan tentera ketika itu adalah tentera terbaik. Sebab itu dari zaman Khalifah Ar-Rasyidin lagi usaha telah dimulakan untuk menawan kota ini yang tersangat kukuh.
Junjungan kita itu bukanlah ahli nujum ataupun ahli sihir namun kata2nya itu pasti benar kerana mendapat wahyu dari Allah. Dan memang benar terjadi pada zaman Sultan Muhammad ini.
Masjid Aya Sophia ini terletak dalam Kota tersebut dan dulunya merupakan Gereja tapi diconvertkan kepada Masjid.Akan tetapi setelah pemerintahan khalifah terakhir Turki ditamatkan dan digantikan dengan sistem sekular oleh Mustafa Kamal Ataturk (laknatullahi alaih) gereja ini telah ditukar kepada museum sehingga kini menjadi antara tempat tourism di republic Turki.
Kini tempat yang menjadi simbol kemegahan Islam bertukar rupa menjadi tempat pelancongan sahaja. Tentu menitis sahaja air mata Sultan Muhammad jika dia melihat kondisi sekarang. Turki pula menjadi negara sekular yang melebihi kesekularannya.
Harapnya Turki akan bangkit dan membuat revolusi Insya-Allah dan bertukar wajah menjadi daulah Islam yang mantap kembali.
Dan kita umat Islam akan dapat kembali solat dalam Masjid Aya Sophia.
Wallahualam bi sowab
p/s- ada terbaca di artikel surat khabar 2 minggu lepas memuji Mustafa Kamal (pengkhianat Islam terbesar). Nak tergelak pun ada. Kemungkinan besar mereka just translate sahaja dari media barat. Kepoyoan yang tidak boleh blah. hmmm..
Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah :
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
ImanTube.com is the place to Upload, Share, Download Islamic Videos.


