Cameron Highlands

Afif Add comments

1

Assalamualaikum,

Minggu lepas Afif sekeluarga keluar bersama keluarga sepupu untuk rehat2 di Cameron Highlands. Just a correction, Cameron Highlands tak sama dengan Genting Highlands. Cameron Highlands ataupun Tanah Tinggi Cameron terletak di Perak sementara Genting Highlands yang ada Theme Park tu di Pahang berhampiran dengan IIUM.

2

Itu anak sepupu Afif, Hakim namanya.

I went there for around 2 days and 1 night only but it was a refreshing experience. Kinda of made me remember the time when I was UK.

Kadanag2 keluar bersama keluarga memang besh. Takkanlah nak selalu duduk study atau terpeuk kat rumah aja kan. Tapi jangan keluar dengan yang tak halal dengan kita. Dah lah dapat free kemurkaan Allah pastu experience tu pasti tak menyeronokkan.

Kami bergerak pada hari Jumaat dan kembali pada hari Sabtu. Udaranya walaupun tak sesejuk yang diharapkan tapi cukuplah sehingga apartment yang kami sekeluarga duduk tak perlukan aircond. Air plak memang membeku.

Teringat plak pengalaman berkelah di sungai pisang (belakan IIUM) bulan lepas. Seronok!

Anyway sedang tulis post ini terbaca pulak perihal khabar dari CNN tentang gempa 8.8 (tinggi tu) di Chile baru2 ini kemungkinan mengubah paksi dunia. Nyata lah dunia ini takkan tahan lama dah kan? Atau mungkin kita rasa kita akan hidup selama2nya?

Afif teringat kata2 lecturer GEN Afif Dr Hersi, dia cakap (in BI) “budak2 seusia dengan kamu semua ini selalu ingat mereka will live forever sebab dia time muda2 dulu pun rasa camtu. Seolah2 dia akan hidup selama2nya.”

Semasa Afif di sekolah rendah memang tak ada sangat terfikir tentang mati atau dunia selepas mati ini tapi semenjak lebih2 lagi dah melepasi usia 20 ni memang selalu terasa cukup tak aku ini. Bekalan aku ini boleh tak menyeimbangi dosa Afif yang membuak2 ini.

Huh.. Memang kena selalu berdoa mengharap rahmat Allah. Teringat kisah popular yang selalu dicerita time sekolah dulu.Maybe Afif boleh cerita balik.

Time akhirat kelak akan datang seorang hamba Allah ini yang ibadahnya sangatlah banyak dibawa ke hadapan Allah untuk dihisab amalannya. Kiranya ahli ibadah ini yang mantap. Tatkala diletak timbangan amalan kebaikannya maka penimbang al-Mizan terus berat sebelah. Allah berkata kepada para malaikat “Masukkanlah hamba aku ini ke dalam syurga dengan rahmatKu”

Ahli Ibadah ini sepatutnya gembiralahkan dapat masuk syurga tapi dia cam tak puas hati dan berkata kepada Allah yang dia ni nak masuk sebab amalannya yang banyak tu. So Allah suruh cuma tahap kenikmatan sebelah mata sahaja nak dicomparekan dengan pahala ibadah ahli ibadah ini. Ternyata al-Mizan terus senget ke arah dosa dan Allah menyuruh Para Malaikat supaya dihumbamkan orang ini ke dalam neraka.

Baru terketar2 ahli ibadah ini dan terus dia minta diampunkan dan dimasukkan ke dalam syurga. Selepas itu Allah berkata sekali lagi kepada Para Malaikat supaya dimasukkan orang ini kedalam syurga dengan rahmatNya.

Hmm.. depan Allah pun boleh sombong yer.

Rasulullah saw pernah bersabda:”Tidak masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari sifat kesombongan ” (HR. Muslim).

Anyway kalau ada apa2 silap penaksiran boleh baikinya dan Afif insya-Allah akan baiki :)

Sekian sahaja sehingga post seterusnya.

Leave a Reply